Tuesday, 13 March 2012

Data Komunikasi

DEFINISI DATA
  • maklumat/informasi yang telah diproses, disusun dan disimpan.
  • berbentuk alphabet, nombor atau simbol.
DEFINISI KOMUNIKASI DATA
  • Proses pertukaran/pemindahan maklumat yang berbentuk data digital (binary) di antara dua peranti dengan menggunakan sistem penghantaran elektronik.
KEBAIKAN KOMUNIKASI DATA
  1. Sistem digital lebih selamat kerana ia boleh dikodkan kepada kod-kod unik yang hanya diketahui oleh penghantar dan penerima.
  2. Sistem digital mempunyai ralat yang jauh lebih kecil berbanding sistem analog.
  3. Sistem digital lebih murah berbanding dengan sistem analog terutamanya dalam proses pembahagian frekuensi.
  4. Gangguan tidak mempengaruhi penghantaran data kerana data digital boleh dijana semula di setiap stesen pengulang.
  5. Litar digital lebih senang untuk antaramuka kerana data digital hanya ada duaparas iaitu “1” dan “0” sahaja.
APPLIKASI KOMUNIKASI DATA
  1. Email
  • Menghantar dan menerima surat secara elektronik.
    2.  Persidangan Video
  • Mengadakan mesyuarat atau perbincangan tanpa perlu hadir ke sesuatu tempat.
    3.  Fax
  • Menghantar atau menerima fax
    4.  Perbankan
  • Melibatkan pemindahan data-data kewangan terutamanya menggunakan mesin ATM
   5.  Internet
  • Melayari internet dan untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya.
   6.  Kerajaan elektronik
  • Melibatkan banyak sektor kerajaan contohnya JPN, JPJ dan sebagainya.
RAJAH BLOK ASAS KOMUNIKASI DATA




FUNGSI SETIAP BAHAGIAN
  • DTE : SOURCE / SENDER
    Bahagian di mana isyarat maklumat dihasilkan.
    Contoh: isyarat audio/ video, isyarat bercetak dll.
  • DATA TERMINAL EQUIPMENT (DTE)
    Suatu peralatan antaramuka yang digunakan untuk mengubahsuai isyarat digital dari komputer dan terminal ke bentuk yang sesuai untuk penghantaran.
    Contoh: komputer
  • MEDIUM ( Rangkaian Telekomunikasi )
    Laluan yang digunakan untuk penghantaran isyarat elektrikal di antara dua peralatan. Terdiri daripada dawai, kabel sepaksi, fiber optik atau gelombang mikro.
  • DATA COMMUNICATION EQUIPMENT (DCE)
    Peralatan yang menukarkan isyarat digital ke isyarat analog. Berfungsi sebagai peralatan antaramuka antara terminal dengan media.
    Contoh : MODEM
  • DTE : HOST/RECEIVER
    Peralatan yang berfungsi untuk melakukan pengesanan isyarat pembawa dan menghasilkan semula isyarat asal. Proses penyahmodulatan berlaku di bahagian ini.
    Contoh; printer, komputer, main frame

ADAKAH ANDA TAHU APA ITU ANALOG? 
  • Isyarat analog adalah satu isyarat yang berubah secara selanjar. Ianya boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran samaada suhu mahupun bentuk persekitaran yang dilalui oleh isyarat analog ini. Memandangkan isyarat analog ini telah lama ditemui, ia banyak digunakan dalam berbagai kegunaan seperti penghantaran data melaui talian telefon kerana ia mempunyai liputan yang sangat luas di seluruh dunia. Isyarat analog memerlukan komponen yang berbeza untuk menghasilkan output yang berlainan. Ini bermakna analog perlu ada komponen tambahan untuk menjalankan tugas selain daripada tugas asalnya.



Digital signal processing

Digital signal processing (DSP) is concerned with the representation of discrete time, discrete frequency, or other discrete domain signal by a sequence of numbers or symbols and the processing of these signals. Digital signal processing and analog signal processing are subfields of signal processing. DSP includes subfields like: audio and speech signal processing, sonar and radar signal processing, sensor array processing, spectral estimation, statistical signal processing, digital image processing, signal processing for communications, control of systems, biomedical signal processing, seismic data processing, etc.

    No comments:

    Post a Comment