Thursday, 1 March 2012

introduction to telecommunication

Maksud Telekomunikasi dan Komunikasi



Perkataaan telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek.  ‘Tele’ bermaksud “sangat jauh”.  Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.  Semua sistem telekomunikasi terdiri daripada komponen-komponen berikut  :

·         Penghantar    – mencipta maklumat yang akan dihantar.

·        Bahantara      - maklumat akan dihantar melaluinya.

·         Penerima        - menerima maklumat yang dihantar tanpa sebarang perubahan.

Komunikasi berasal daripada perkataan ‘pemproses data’ dan telekomunikasi.  Secara umumnya komunikasi melibatkan maklumat yang dikeluarkan oleh sesuatu terminal atau mesin yang dibawa menerusi beberapa bentuk bahantara komunikasi seperti talian telefon, mikrogelombang atau sistem satelit dan saluran gentian optik.  Komunikasi data atau juga dikenali sebagai telepemproses, melibatkan sekurang-kurangnya dua peranti perkakasan yang boleh ‘bercakap’ antara satu dengan lain menerusi satu rangkaian komunikasi.
Komunikasi sebenarnya berada di sekeliling kita.  Manusia telah berkomunikasi dalam pelbagai cara seperti dalam bentuk tulisan , lukisan isyarat, simbol dan bahasa.

Terdapat banyak tahap komunikasi daripada inter, intra, kumpulan, organisasi kebangsaan dan global.  Kita juga boleh bercakap mengenai komunikasi haiwan dan juga cara komputer berkomunikasi dimana komputer menjadi pengantara  mesej tersebut. Dalam era maklumat, banyak bentuk komunikasi yang kita terima telah menjadi pengantara dalam beberapa cara oleh teknologi.

Kesimpulannya komunikasi merupakan sebahagian daripada telekomunikasi, dimana ‘tele’ di hadapan perkataan komunikasi menerangkan kepada kita bahawa komunikasi tersebut mempunyai jarak yang jauh antara penghantar dan penerima.  Semua pengguna boleh berhubung antara satu sama lain tidak kira walau dimanapun mereka berada di dunia ini sekiranya mempunyai bahantara komunikasi  atau rangkaian tersebut seperti telefon.

No comments:

Post a Comment